Isipadu cecair adalah salah satu topik yang diajar dalam sukatan pelajaran Matematik tahun dua. Murid-murid tahun dua yang hanya berumur 8 tahun selalunya menganggap isipadu sesuatu cecair di dalam sesuatu bekas adalah berdasarkan ketinggian bekas tersebut. Murid-murid pada peringkat umur ini belum dapat membuat kesimpulan yang tepat tentang isipadu cecair jika tidak mendapat penjelasan lanjut dan tunjuk ajar yang betul daripada guru. Murid tidak dapat menyimpulkan bahawa saiz dan ketinggian sesuatu bekas mempengaruhi isipadunya. Oleh yang demikian, guru harus menggunakan pendekatan dan teknik yang berbeza semasa P & P agar murid jelas akan konsep isipadu cecair ini. Deria murid boleh dirangsang dari pelbagai sudut seperti deria pendengaran, penglihatan, sentuh dan sebagainya. Contohnya, dengan memainkan video yang boleh dimuat turun dari internet, membuat tunjuk cara, ujikaji, dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti yang pelbagai, minat murid dapat dirangsang secara tidak langsung.
No comments:
Post a Comment