AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR ( 1 )
( Murid Berpencapaian Rendah )
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran
tidak piawai.
ABM : 5 mangkuk polisterina air sirap, 5 cawan polisterina air sirap, bekas air ( botol ) yang
berlainan saiz.
Pengenalan
Penerangan guru mengenai sukatan isipadu air di dalam sesuatu bekas menggunakan botol kosong pelbagai saiz dan air sirap.
Langkah 1
Murid dibahagi kepada 5 kumpulan
Langkah 2
Setiap kumpulan diberikan
a ) satu mangkuk polisterina air sirap
b ) satu cawan polisterina air sirap
Catatan : Air sirap ( atau air berwarna ) digunakan untuk memudahkan murid melihat aras air di dalam bekas dengan lebih jelas.
Langkah 3
Setiap kumpulan diberikan bekas air yang berlainan saiz
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Langkah 4
Murid menuang satu mangkuk air sirap ke dalam bekas air kumpulan masing-masing.
Murid melihat sukatan air sirap di dalam setiap bekas.
Murid membuat perbandingan isipadu bekas air masing-masing.
Langkah 5
Murid menuang satu cawan polisterina air sirap ke dalam bekas air masing-masing.
Murid melihat sukatan air sirap di dalam setiap bekas.
Murid membuat perbandingan isipadu bekas air masing-masing.
Langkah 6
Murid mencatat kesimpulan bagi aktiviti yang dijalankan.
CATATAN : Air sirap digunakan supaya murid dapat melihat dengan jelas paras air di dalam
bekas.
No comments:
Post a Comment