Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.
ABM : Botol Kertas Boleh Ubah, 5 jug air sirap, tiga bekas air bersenggat berlainan saiz setiap kumpulan,
pen marker.
Langkah 1
Penerangan guru menggunakan Botol Kertas Boleh Ubah
Langkah 2
Murid dibahagi kepada 5 kumpulan
Langkah 3
Setiap kumpulan diberikan
a ) satu jug air sirap
b ) tiga bekas air bersenggat yang berlainan saiz
Catatan : Guru boleh meminta murid membawa bekas air masing-masing lebih awal sebelum aktiviti P&P
dijalankan.
Langkah 4
Murid menyukat air yang sama isipadunya di dalam setiap bekas.
Contoh :
250 ml air sirap dalam bekas air bersenggat A
250ml air sirap dalam bekas air bersenggat B
250ml air sirap dalam bekas air bersenggat C
Murid melihat isipadu air bagi setiap bekas.
Langkah 5
Murid melukis garisan paras air pada setiap bekas
Langkah 6
Murid membuat kesimpulan aktiviti yang dijalankan
CATATAN : Langkah 4 dan 5 boleh diulangi dengan isipadu air yang berlainan untuk menambah kefahaman
murid menyukat isipadu air menggunakan ukuran piawai.